Assalamualaikum wbt. 12 Mei 2017 bersamaan 15 Syaaban 1438. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan malam nisfu syaaban pada malam ini.. Semoga kita mendapat keampunan dari Ilahi..Allahumma aamiin..😘 ❤Ikhlas dari kami, dealer perfume anda:- 888 Perfume, Tingkat 2, Mahkota Parade, Melaka. 017.672.2645💋 Sya’ban bererti bulan penuh barakah dan kebaikan. Pada bulan ini Allah membuka pintu rahmat dan ampunan seluas-luasnya. Justeru dianjurkan untuk memperbanyak ibadah sunah seperti puasa sunah. Sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW. Sebuah hadis mengatakan bahawa Nabi SAW lebih sering puasa sunah di bulan Sya’ban dibandingkan pada bulan lainnya, (HR Al-Bukhari). Selain puasa, menghidupkan malam sya’ban juga sangat dianjurkan khususnya malam nisfu Sya’ban (pertengahan bulan Sya’ban). Maksud menghidupkan malam di sini ialah memperbanyak ibadah dan melakukan amalan baik pada malam nisfu Sya’ban. Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki menegaskan bahawa terdapat b...