Salam Nisfu Sya'ban @888Perfume, Mahkota Parade, Melaka.

Assalamualaikum wbt.
12 Mei 2017 bersamaan 15 Syaaban 1438. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan malam nisfu syaaban pada malam ini..
Semoga kita mendapat keampunan dari Ilahi..Allahumma aamiin..😘

❤Ikhlas dari kami, dealer perfume anda:- 888 Perfume, Tingkat 2, Mahkota Parade, Melaka.
017.672.2645💋


Sya’ban bererti bulan penuh barakah dan kebaikan. Pada bulan ini Allah membuka pintu rahmat dan ampunan seluas-luasnya. Justeru dianjurkan untuk memperbanyak ibadah sunah seperti puasa sunah. Sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW. Sebuah hadis mengatakan bahawa Nabi SAW lebih sering puasa sunah di bulan Sya’ban dibandingkan pada bulan lainnya, (HR Al-Bukhari).

Selain puasa, menghidupkan malam sya’ban juga sangat dianjurkan khususnya malam nisfu Sya’ban (pertengahan bulan Sya’ban). Maksud menghidupkan malam di sini ialah memperbanyak ibadah dan melakukan amalan baik pada malam nisfu Sya’ban. Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki menegaskan bahawa terdapat banyak kemuliaan pada malam nisfu Sya’ban; Allah SWT akan mengampuni dosa orang yang minta ampunan pada malam itu, mengasihi orang yang minta kasih, menjawab do’a orang yang meminta, melapangkan penderitaan orang susah, dan membebaskan sekelompok orang dari neraka.

Pertama, memperbanyakkan berdoa. Anjuran ini didasarkan pada hadis riwayat Abu Bakar bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda,

ينزل الله إلى السماء الدنيا ليلة النصف من شعبان فيغفر لكل شيء، إلا لرجل مشرك أو رجل في قلبه شحناء 

Artinya, “(Rahmat) Allah SWT turun ke bumi pada malam nisfu Sya’ban. Dia akan mengampuni segala sesuatu kecuali dosa musyrik dan orang yang di dalam hatinya tersimpan kebencian (kemunafikan),” (HR Al-Baihaqi).

Kedua, membaca dua kalimat syahadat sebanyak-banyaknya. Dua kalimat syahadat termasuk kalimat mulia. Dua kalimat ini sangat baik dibacaan setiap hari terutamanya pada malam nisfu Sya’ban. Sayyid Muhammad bin Alawi mengatakan,

وينبغي للمسلم أن يغتنم الأوقات المباركة والأزمنة الفاضلة، وخصوصا شهر شعبان وليلة النصف منه، بالاستكثار فيها من الاشتغال بكلمة الشهادة "لا إله إلا الله محمد رسول الله".

Artinya, “Seorang muslim mengisi waktu yang penuh barakah dan keutamaan dengan memperbanyak membaca dua kalimat syahadat, La Ilaha Illallah Muhammad Rasululullah, khususnya bulan Sya’ban dan malam pertengahannya.”

Ketiga, memperbanyakkan istighfar. Tidak ada satu pun manusia yang bersih dari dosa dan salah. Itulah manusia. Setiap hati bergelumang dosa. Namun walaupun manusia berdosa, Allah SWT sentiasa membuka pintu keampunan kepada siapa pun. Meminta keampunan (istighfar) sangat dianjurkan terutamanya pada malam nisfu Sya’ban. Sayyid Muhammad bin Alawi menjelaskan,

الاستغفار من أعظم وأولى ما ينبغي على المسلم الحريص أن يشتغل به في الأزمنة الفاضلة التي منها: شعبان وليلة النصف، وهو من أسباب تيسير الرزق، ودلت على فضله نصوص الكتاب، وأحاديث سيد الأحباب صلى الله عليه وسلم، وفيه تكفير للذنوب وتفريج للكروب، وإذهاب للهموم ودفع للغموم

Artinya, “Istighfar merupakan amalan utama yang harus dibiasakan orang Islam, terutama pada waktu yang memiliki keutamaan, seperti Sya’ban dan malam pertengahannya. Istighfar dapat memudahkan rezeki, sebagaimana dijelaskan dalam Al-Qur’an dan hadis. Pada bulan Sya’ban pula dosa diampuni, kesulitan dimudahkan, dan kesedihan dihilangkan.

Wallahu 'alam.


Comments

Popular posts from this blog

888 Perfume